Bawa aku keluar dari realiti.. Aku sudah tidak sanggup lagi untuk melihat.. mendengar dan merasa .. Perit..
Monday, September 20, 2010
Saturday, September 18, 2010
Aku Dan Bukalah Pintu Maaf
Agar aku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu,
menceritakan keindahan pagi yang dititipkan mentari
dalam bias cahayaku.
Bukalah pintu maaf untuk langitku,
Agar aku dapat menggiring awan untuk memayungimu.
Mengirimkan kedamaian yang dititipkan barisan merpati dalam paruh nafasku.
Bukalah pintu maaf untuk kelamku
Agar tiada mimpi buruk hanya ada malam indah untukmu.
Menyalakan unggun membakar kenangan lara
Mengantikan dengan bara cinta yang bergelora.
Bukalah pintu maaf untuk gerimisku,
Agar aku dapat menjadi air matamu, menitikkan kasih di hatimu.
Menghapuskan goresan goresan pedih di dinding hati.
menggantinya dengan garis garis pelangi.
Wednesday, September 15, 2010
Aku Dan Harapan
OH Cinta
Kumohon terangilah jiwaku,
Jernihkanlah fikiranku, bukalah pintu hatiku
Agar aku tetap tegar menghadapi dugaan ini..
Limpahkanlah aku aura kedewasaan
Dalam menyelesaikan setiap masalah..
Kuatkanlah niat dan hatiku..
Agar aku tak larut dalam
Ketakutan dan keputusan..
Hindarkan aku dari kerapuhan,
Jauhkan aku dari kecewa dan kebimbangan..
OH Cinta..
Bawalah dirinya kembali padaku,
Jangan pernah hindarkan dia dari hidupku..
Kerana kuingin dia tahu.
Bahawa ku kan tetap menanti, menunggunya kembali
Hingga saatnya nanti.
Kuingin dia tahu.
Ada sebuah cinta untuknya,
Yang masih kujaga untuknya,
Kujaga dalam hati ini
Walau air mata yang menemaniku..
Aku juga ingin dia tahu.
Bagaimana aku, bila rindu ini datang
Tak peduli dia marah,
Tak peduli jarak memisahkan, yang pasti..
Dihati ini selalu ada rindu & rindu
Buat dirinya..
Semampuku untuk menahannya dihati ini
Walau aku tahu dia tak akan kembali..
OH Cinta..
Kumohon kau selalu ada diantara cinta kami,
Memberikan erti kebahagiaan buat kami
Kumohon kabulkan semua ini
Agar dia tau bahawa ku selalu merindunya..
Thursday, August 19, 2010
Aku Dan Saat Perubahan
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.
"Hari ini adalah hari yang mungkin berubah corak baru dalam hubungan. Adakah aku bersedia? Entah... :("
Saturday, August 14, 2010
Aku Dan Yang Dahagakan Darah
Tika masanya aku akan berubah ke binatang yang ganas. Mungkin taringnya keluar yang mahu mengoyak daging lalu melapah mentah mentah. Mata aku kemerahan mungkin merenung tajam gerak geri mangsa serta gerak langkahnya sebelum aku menerkan dari setiap sudut. Jari jemariku mungkin akan mengembangkan dengan kuku kuku aku yang tajam moga dapat menyiat kulit mangsa aku. Aku tidak akan memberi ruang untuk mangsa aku bernafas. Aku dan biarkan dia mati dalam kelemasan. Mata aku akan bersinar dan aku akan senyum sinis melihat mangsa aku menghembuskan saat saat akhirnya. Dari situlah aku tahu aku berjaya membunuh kamu.
Aku akan pastikan kamu sedar dengan tindakan kamu. Walaupun semuanya sudah terlewat. Kamu sudah mati di tangan aku. Sekarang aku hanya perlu melihat gelak tawamu seolah olah aku tidak tahu. Seolah olah ada benteng batu dihadapan aku.
Tika saat itu tiba. Aku akan cukup puas hati. Jadi berhati hati dengan harimau yang lapar ini.
Aku Dan Kerinduan
Tatkala aku di seberang aku asyik terkenangkan keluarga aku di Semenanjung. Kali terakhir aku bertemu mereka pada awal bulan lepas. Itu pun hanya 45 minit yang cukup berharga bagi aku sebelum mereka berangkat semula ke Pulau Mutiara. Aku peluk cium mama dan abah dengan hati yang cukup sebak. Mengapa aku merasakan begitu jauh jurang aku dengan mereka.
Jika aku punya kuasa untuk mengubah segala detik selisih fahaman antara aku dengan the only darah daging aku wahai kakak aku yang aku cintai maybe i could. Mengapa hati kamu keras seperti batu. Sukar bagiku untuk menembus ke hati kamu. Aku sukar untuk memahami kamu. Kamu sanggup mengetepikan adik kamu yang mungkin pernah menaikkan suara padamu. Akan tetapi aku tak ada pilihan. Dengan cara itu sahaja aku bisa untuk membuatkan kamu sedar tindakan kamu selama ini salah. Selengkuh dari kebenaran.
Jika aku punya kuasa untuk mengubah segala detik selisih fahaman antara aku dengan the only darah daging aku wahai kakak aku yang aku cintai maybe i could. Mengapa hati kamu keras seperti batu. Sukar bagiku untuk menembus ke hati kamu. Aku sukar untuk memahami kamu. Kamu sanggup mengetepikan adik kamu yang mungkin pernah menaikkan suara padamu. Akan tetapi aku tak ada pilihan. Dengan cara itu sahaja aku bisa untuk membuatkan kamu sedar tindakan kamu selama ini salah. Selengkuh dari kebenaran.
Aku sudah dewasa. Dan menghitung hari untuk aku menyarungkan cincin pertunangan dengan buah hati aku. Alangkah bahagianya jika kamu berada di hari bahagia aku sebagaimana aku berada di sisimu sepanjang hari bahagia kamu.
Teringat pula di majlis persandingan kamu wahai kakak ku tercinta. Tidak tahan air mata aku membanjiri pipi aku melihat kamu di kerusi persandingan. Kamu kelihatan cukup cantik. Kejelitaan kamu membuat aku bangga mendapat seorang insan yang bergelar sebagai kakak aku yang tercinta.
Kini, sudah hampir genap setahun aku tidak mendengar apa khabar berita darinya. Aku cuba untuk menghubunginya dengan menghantar es-m-es. Tapi tiada pulangan . Masih tiada pulangan..
Wednesday, August 11, 2010
Aku Dan Racist
Aku dapati rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan budaya racist yang hanya mementing kerabat mereka. Semuanya terjadi pada aku ketika aku ke Hong Kong. Rakan sekerja aku semuanya cina hanya aku seorang saja yang kontang kanting melayu.
Mereka bercakap dalam bahasa cina sehinggkan aku rase rimas. Aku wat tak tahu je lah. Ada aku kesah. aku pun duduk di penjuru pintu laluan kecemasan seorang diri sambil menghirup coffee latte. Tiba tiba ketua penerbangan aku tegur aku.
"Tobby, how about u mingles with the crews.. Dont just sit here. Ur like trap in a box. Takot u miss lot of opportunities".
Balas aku, "How can i mingles with all the crews. i cant even understand what the hack they talkin!".
Lepas kejadian itu aku dipulaukan. Racist...
Subscribe to:
Posts (Atom)