Wednesday, September 15, 2010

Aku Dan Harapan


OH Cinta

Kumohon terangilah jiwaku,
Jernihkanlah fikiranku, bukalah pintu hatiku
Agar aku tetap tegar menghadapi dugaan ini..

Limpahkanlah aku aura kedewasaan
Dalam menyelesaikan setiap masalah..

Kuatkanlah niat dan hatiku..
Agar aku tak larut dalam
Ketakutan dan keputusan..

Hindarkan aku dari kerapuhan,
Jauhkan aku dari kecewa dan kebimbangan..

OH Cinta..

Bawalah dirinya kembali padaku,
Jangan pernah hindarkan dia dari hidupku..

Kerana kuingin dia tahu.
Bahawa ku kan tetap menanti, menunggunya kembali
Hingga saatnya nanti.

Kuingin dia tahu.
Ada sebuah cinta untuknya,
Yang masih kujaga untuknya,

Kujaga dalam hati ini
Walau air mata yang menemaniku..

Aku juga ingin dia tahu.
Bagaimana aku, bila rindu ini datang
Tak peduli dia marah,

Tak peduli jarak memisahkan, yang pasti..
Dihati ini selalu ada rindu & rindu
Buat dirinya..

Semampuku untuk menahannya dihati ini
Walau aku tahu dia tak akan kembali..

OH Cinta..

Kumohon kau selalu ada diantara cinta kami,
Memberikan erti kebahagiaan buat kami

Kumohon kabulkan semua ini
Agar dia tau bahawa ku selalu merindunya..

No comments: