Tika masanya aku akan berubah ke binatang yang ganas. Mungkin taringnya keluar yang mahu mengoyak daging lalu melapah mentah mentah. Mata aku kemerahan mungkin merenung tajam gerak geri mangsa serta gerak langkahnya sebelum aku menerkan dari setiap sudut. Jari jemariku mungkin akan mengembangkan dengan kuku kuku aku yang tajam moga dapat menyiat kulit mangsa aku. Aku tidak akan memberi ruang untuk mangsa aku bernafas. Aku dan biarkan dia mati dalam kelemasan. Mata aku akan bersinar dan aku akan senyum sinis melihat mangsa aku menghembuskan saat saat akhirnya. Dari situlah aku tahu aku berjaya membunuh kamu.
Aku akan pastikan kamu sedar dengan tindakan kamu. Walaupun semuanya sudah terlewat. Kamu sudah mati di tangan aku. Sekarang aku hanya perlu melihat gelak tawamu seolah olah aku tidak tahu. Seolah olah ada benteng batu dihadapan aku.
Tika saat itu tiba. Aku akan cukup puas hati. Jadi berhati hati dengan harimau yang lapar ini.
No comments:
Post a Comment