Tatkala aku di seberang aku asyik terkenangkan keluarga aku di Semenanjung. Kali terakhir aku bertemu mereka pada awal bulan lepas. Itu pun hanya 45 minit yang cukup berharga bagi aku sebelum mereka berangkat semula ke Pulau Mutiara. Aku peluk cium mama dan abah dengan hati yang cukup sebak. Mengapa aku merasakan begitu jauh jurang aku dengan mereka.
Jika aku punya kuasa untuk mengubah segala detik selisih fahaman antara aku dengan the only darah daging aku wahai kakak aku yang aku cintai maybe i could. Mengapa hati kamu keras seperti batu. Sukar bagiku untuk menembus ke hati kamu. Aku sukar untuk memahami kamu. Kamu sanggup mengetepikan adik kamu yang mungkin pernah menaikkan suara padamu. Akan tetapi aku tak ada pilihan. Dengan cara itu sahaja aku bisa untuk membuatkan kamu sedar tindakan kamu selama ini salah. Selengkuh dari kebenaran.

Aku sudah dewasa. Dan menghitung hari untuk aku menyarungkan cincin pertunangan dengan buah hati aku. Alangkah bahagianya jika kamu berada di hari bahagia aku sebagaimana aku berada di sisimu sepanjang hari bahagia kamu.
Teringat pula di majlis persandingan kamu wahai kakak ku tercinta. Tidak tahan air mata aku membanjiri pipi aku melihat kamu di kerusi persandingan. Kamu kelihatan cukup cantik. Kejelitaan kamu membuat aku bangga mendapat seorang insan yang bergelar sebagai kakak aku yang tercinta.
Kini, sudah hampir genap setahun aku tidak mendengar apa khabar berita darinya. Aku cuba untuk menghubunginya dengan menghantar es-m-es. Tapi tiada pulangan . Masih tiada pulangan..
No comments:
Post a Comment