Tuesday, July 13, 2010

Aku Dan Cinta Agung


"Ko ke sana ke sini naik flight macam naik bas je kan"

Well... Cinta agung kan. hehe

Monday, July 12, 2010

Aku Dan Guess


Nah! This is for you.. Ur birthday preset..
Owh,.. So sweet.. Thank You So much..

Aku Dan Kesalan

Aku kesal dengan tindakan aku..Kesal segalanya. Tapi, jika aku punyai kuasa untuk rewind semula perbuatan aku.. Aku mungkin tak menggunakanya kerana semua ini berlaku semata mata untuk membuka mata aku untuk menjadi lebih matang ..Cukup matang.. Dia kecewa dengan sikap aku .. Akan tetapi dia tetanp mencintai aku. Maaf sayang.. Maaf sahabat..

Aku berjanji tidak akan mengambil Pxxxxx lagi untuk menenangkan aku. Itu hanya ubatan sementara dan permasalahan tidak akan terurai sekiranya aku sendiri tak menghadapi dan menyelesaikannya. Ya Allah ampunilah dosa aku.

Tuesday, June 15, 2010

Aku Dan Tsara Adriana

Hati aku terdetik untuk pergi jumpa Tsara Adriana. Aduh betapa rindunya aku dengan telatah comelnya. Aku bangun seawal 630 pagi untuk aku ke Puchong untuk berjumpa dengannya. Aku sampai di rumah aunty dan dari jauh aku nampak Tsara masih lagi diulik mimpi di atas sofa.


Aku berborak dulu dengan my aunty sambil melayan anak sedara Aliya yang mukanya macam chinese mix yang bersuara besar. Cukup suka dengar dia chit chat ngan i. Tetiba Aliya saje je usik usik Tsara yang tidur tu. Then aku nampak kaki Tsara gerak gerak dari jarak jauh. Aku pun tunjukkan muka aku dari atas Tsara lihat aku lalu bangun terus peluk aku dengan erat.


Aduh Tsara.. Aku terlalu rindukan kamu sayang. Dakapan kamu benar benar menghangatkan jantung aku yang sekian lama sejuk membeku.

"Kenapa Uncle lama tak datang.."

Air mata aku membasahi bahu Tsara. Aku tak mampu membalas persoalan yang ditanyanya.


"Uncle work sayang.."

"Uncle jangan kerje ye hari ni.."

Itulah jawapan yang ikhlas dari seorang kanak kanak yang benar merindui aku. Dia tetap darah daging aku.. Yang akan aku cinta padanya selamanya..


(Tsara Adriana kaulah segalanya bagiku yang aku pendam selama ini)

Wednesday, June 9, 2010

Aku Dan Gathering

Betapa indahnya bila aku dapat gather semula dengan sahabat baik aku di Sunway Pyramid baru baru ni. Dah la tak plan ttbe hari tu plak semua free. Aku terlalu excited sangat setelah sekian lama tak jume diowk. Adakah ini satu pengorbanan kerjaya aku yang terpaksa ketepikan masa masa untuk aku luangkan bersama sahabat. Aku banyak bersendiri. Bukan perkara biasa pun. Aku sejak tadika dah stay rumah sorang sorang. So its not a problem at all. hehe

 Tarena dan Ungku.. Owh.. I really u. Teringat mase kite training masa kat Akademi dulu kan. Tarena aku doakan u cepat boyot. Xsabo nak tgk baby u. Ungku... waaa u plak dah nak kawinnnnn! hehehe

Dayana, shes the baby dalam group kami. Antara yang paling kelakar. Hehehe kalau dia takde macam xde garam plak. hehe Kami lepak di Restoran Thai Thai. 

 The food is greatttt!

 Ikan Masak Stim is one of the Specialties kat Thai Thai.


Ungku cukup teruja dengan tomyam nya. Dia dah la tak makan breakfast. Terus makan tomyam. Last last dia sakit perut. Cian dia..

Poyo


Haha Dayana mengenakan baju kurung ok.. Kampung sangatttt! Lepas makan kiteorang pegi Karaoke which is aktiviti wajib untuk memantapkan vokal.hahaha


 
Tarena Kardashian katanya.. hahaha


 Konfident wat wat sora sedap! hahaha


Hehehe Cian plak kat Dayana pakai baju kurung. Aku pinjamkan my tshirt kat dia.

 pantang nampak camera ya..

It was the best day to hang out with especially with my closest friends. I love u.







 








Monday, May 31, 2010

Aku Dan Budget

Dapat je gaji... Kena bayar itu ini. arggghh alih alih tinggal ciput je nak belanja. Alhamdulillah, aku masih juga ada rezeki bulan ini untuk berbelanja. Am i complaining? Hurm entahla. Jom berbudget! arghhhh

Wednesday, November 18, 2009

Aku Dan Cemburu

Cemburu? Kenapa aku ni kuat cemburu? Susah aku nak rungkaikan.. Sifat cemburu itu adalah salah satu sifat yg ada pada manusia.. Bergantung kepada emosi si badan untuk mengawal sifat cemburu ini supaya ia ke arah positif atau negatif.

Dulu aku seorang yg free spirit.seorang yang xpenah ambik port orang lain. Aku selalu fikir tentang aku. Its always about me.! Y? Coz my family memberikan aku hak untuk independent. Bila aku brsikap gini aku mengharapkan orang lain untuk menjaga aku.

Tapi bila aku didalam keadaan bercinta...im suck at it! Aku jd lemah.. Mudah terusik.. Aku akui my previous relationship cukup menyakitkan.. Aku beri segala kebebasan kepadanya.. Alih alih dia menduakan aku.. Selepas kejadian itu aku lebih berhati hati dalam hubungan.. Dulu masa aku ngn ex aku, Dia boleh brmsg2 berbaur seksual walaupun aku dengan dia pada ketika itu. Bila ditanya dia denial. Mcm2 alasan. Aku pulak bodoh! Leh jadi pak turut. Iye kan je.. Bila aku ada kekuatan utk putus dgnya aku jd mudah paranoid.

Sekarang setiap langkah aku perlu berhati hati. Tidak mahu jadi lembu lagi! Sekarang aku ngan si dia.. Ya.. Aku tetap bodoh.. Lemah..

Aku takut.. Aku terlalu cintakanya sehingga aku sanggup lakukan apa saja. Aku xnk ckp pasal pengorbanan. Dia byk mengorbankan mcm2 kt aku dan aku hargai nya dengan sepenuh hati.. Aku yakin tiada org yang akan tandingi dia. Dia seorang lover yang caring..

Lover aku ni jenis seorang pendengar yang baik.. Pandai memberi nasihat pada org yg alami masalah.. Aku pernah kenal orang cmni.. Dulu aku penah ada ada masalah. Orang itu muncul ketika aku down sgt2.. Bila aku masalah aku selesai aku akan slalu contact dgnya.. Alasan aku susah selesa dgnya. Makin lama aku keep in touch dgn dia hati aku mula terpaut dgnnya.. One day aku mendapat panggilan telefon dr lover orang itu supaya jangan ganggu hidup lover dia. Aku terkejut! Dia kata hubungan dia goyah bila aku selalu msg2 ngn lover dia.

Walaupun pada mulanya aku msg2 hanya sekadar orang rapat..kemudian orang yang aku mudah jatuh hati.. Aku terus lupakan mereka.. Aku mengganggu hubungan mereka. Salah aku juga kerana kadang2 aku lupa akan kewujudan lovernya..

Kini.. Aku pula rasa resah fasal aku pernah berada di situasi itu.. Berlainan plak.. Skit skit nk jadi adik angkat pada lover aku. Tup tup semakin brtambah.. Aku bkn nk menyekat tp aku rasa mcm xsedap ati. Lover aku sering ckp.. Dia tidak akan selingkuh ngan aku.. Tak guna utk crk lain selain aku kerana hanya aku saja yg leh trima dia seadanya.

Aku hanya pendam.. Kebaikan dia pada aku yg buat aku cinta padanya.. Aku pendam..